Hari ini merupakan hari ketiga aku memulakan pekerjaan ku di unit yang baharu. Sepatutnya Isnin yang lepas, sudah bertukar workstation..Namun, sebab menunggu surat pertukaran dalaman daripada pejabat, jadi aku membatalkan niat ku memindahkan barang pada hari isnin lepas. Hari selasa, merupakan secara formalnya aku bertukar unit. Sedih pun ada, gembira pun ada, berat hati pun ada, kecewa pun ada. Hatiku berbaur kacau dengan berbagai bagai emosi dan perasaan.
Walaupun baru hari ketiga, namun aku terasa seperti aku masih lagi berada di unit lama. Tiada apa yang membebankan sangat kerana nampak gayanya belom sibuk dengan tugasan hakiki. Aku hanya tersenyum dah menggeliat apabila kawan datang dan bertanya "sibuk ker??" Hahahahaaha
Aku tak la sibuk, cuma aku mula membaca beberapa laporan sebagai persediaan untuk menyiapkan laporan tahunan unit ku nanti. Tugasan luar belom lagi diterima, makanya bulan januari ini seolah olah bagaikan tempoh "honeymoon" bagi ku. Selepas ini, nah, tidak tahu bagaimana, dan jangan kau persoalkan kesibukan harian mu nanti.
No comments:
Post a Comment