Tuesday, February 28, 2023

Aku Sering Tertidur

Disaat bumi masih gelap, alarm berbunyi tepat pada jam 6pg. Aku rasa berat sekali untuk membuka mata dan bangun dari katilku. "5 minit lagi". Detik hatiku. Aku perasan masa berlalu dengan cepat. Ku mula mengheret badanku masuk ke dalam bilik mandi dan air suam suam itu mula membasahi seluruh badan ku. Selesai mandi, aku keluar dan menuju ke arah sofa. Ku tutup aircond yang menghembus sejuk dan aku baring di atas sofa. Rasa seperti baharu 2 minit aku berbaring, tetapi rupa - rupanya aku telah tertidur selama 25 minit. Jam menunjukkan pukul 7.10 pagi. Aku mula berasa kesal sebab sebenarnya aku bercadang untuk bergerak awal dari rumah pagi ini. Tetapi akan kerana kemalasan yang kuat dalam diriku, masa terseret jauh dari rancanganku. "Alamak, baju tak iron lagi!!!" Itu yang aku ingat dengan apa yang berlaku pagi tadi. Aku mula bersiap dan turun ke tempat parking kereta. Aku menghidupkan enjin kereta dan lantas memecut ke pejabat.Akhirnya aku sampai ke pejabat pada pukul 8.22pg. Agak lewat juga kerana adanya kesesakan lalu lintas di beberapa tempat jalan raya.  

                                                              Gambar sekadar hiasan!!!


Sampai di pejabat, aku mula mengemas mejaku dan kemudian, aku mencapai beg galasku dan mengeluarkan : (sila jawab sendiri)
i) Xxxxxxxxx, dan
ii) Mmmmmmmm

Sesudah itu, aku terus makan sarapan dan kemudian membuka komputer mejaku.
"Ya Tuhanku" Detik hati dan perasaan ku yang kesal. Untuk membuka komputer meja ku, aku terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk dibuka. Lagi kesal apabila komputer ku mengemaskini sistem komputer yang memakan masa hampir satu jam. Sedih dan pilu..penat menunggu, aku melabuhkan kepalaku di meja depan aku. Mataku mula berasa berat dan terasa ingin ditutup. Secara tidak sedar, aku telah tidur.....


SAMBUNGAN CERITA PART 2 PADA MASA AKAN DATANG...