Tuesday, March 25, 2014

Sedetik aku terfikir

Seketika aku melayan fikiran ku yang bercelaru ini. Melihat keadaan ku kini, aku mula bertanya-tanya apa sebenarnya yg sedang aku cari dalam memenuhi rongga-rongga kehidupan ku di sini yang bergelar kuala lumpur.
 
Mahu dikatakan sedih, ya aku sedih kerana banyak yang aku tinggalkan ;kehendak diri, kawan2, dan yang paling penting aku kini berada dlm situasi d  luar daripada zon keselesaanku.
Kenapa perlu bermula lg? Sdgkan aku bertukar bukan kerana kenaikan pangkat. Apa yg akn menguntungkan aku untuk berada d sini.
"Kenapa?!!...kenapa aku?!!" Terjah hatiku yg telah terguris dan hanya mampu menahan sakit dan tidak mampu berbuat apa2.
 
Adakah mereka faham akn sengsara dan signifikan akan keputusan mereka terhadap emosi, fizikal dan kewangan aku sekarang?..aku tertanya dan hatiku mula suram mengenangkn kembali apa yg bakal berlaku d depan kehidupanku.
 
aku dan diriku