Monday, June 25, 2012

Aku sakit kepala

Tajuk tak berapa tepat dengan blog pada pagi ini. Entah kenapa, tapi itulah la yang muncul di dalam kepalaku.  Pagi ini, aku bangun dengan keadaan yang agak tidak stabil. Kepala ku masih sakit dari semalam. Entah bagai nak pecah kepala ku semalam. Nak tahan, tak mampu, jadi apa yang aku buat adalah, mandi diawal pagi. Aku menyiram kepala ku dengan air dan membiarkan ia selama beberapa minit. Kemudian, bila suda terasa reda kesakitannya, aku terus mencapai tuala dan membalut kepalaku. Kemudian, aku baring semula. Tidak beberapa lama kemudian, sakit itu datang lagi..”Aigoo..wae?..wae?…..” rengus hatiku..Aku semakin hilang rasa sabar. Aku lalu bangun dari tidurku dan keluar kearah dapur. Aku kemudian mencari ubat “panadol” dan mengambil satu dos “panadol soluble”. Kembali aku ke atas katil, rasa sakit itu mula reda beberapa minit kemudian. Dengan kesempatan yang ada, aku cuba untuk tidur dan aku berjaya. Oh yeahhhh…

Dalam aku baring, aku mula terasa loya dan sakit pada badanku khususnya pada bahagian tulang belakang, dan setiap sendi ku mula menjadi seperti “longgar”. Aku tidak mempedulikan semuanya dan terus menutup mataku. Selang beberapa masa kemudian,  “kokkk…kokkkkk..kokkkkkkk…okokkkkkk” bunyi jam loceng ku mengisi kesemua ruangan bilik tidurku.

“ah,,dah pagi rupanya” cetus hatiku. Aku kemudian cuba bangun, namun aku seperti tidak bermaya untuk menggerakkan kedua dua kaki ku. Aku cuba membuka mataku, namun “uhhhhhh…..”, itu sahaja yang mampu aku katakana bila merasakan kesakitan pada kedua dua biji mataku. Aku memaksa diriku untuk bangun, dengan sokongan sisi katil, aku cuba bangun dan kemudian terduduk sebentar di atas katil. Satu satu jari kaki dan tangan aku gerakkan…
“ibu jari?… yes…tekunjuk?...okey…jari tengah?..yeah.. tangan..”…aku mencuba utk menggerakkan setiap jari tangan ku, namun aku tersedak bila aku terasa sakit pada sendi tanganku bila cuba untuk menggerakkannya…

“wah…teruk sangat ka sakit neh?? Atau sakit malas nak pigi kerja?”… hahahaa…gurauan hatiku sendiri. Setelah berasa “okey”, aku bingkas bangun dan bersedia kerana jam sudah hampir menunjukkan 7.30am.

Sekarang aku rasa sangat sejuk dan menggigil…aku memakai jaket tebal ku dan masih lagi terasa sejuk pada tapak tanganku..  “Mesti kes demam neh…nahh…ada harapan minta M.C..” detik hatiku..
Tapi..kerja belum siap weiii….kawan, klu M.C, nanti gerenti akan tidak dapat selesaikan semua perkara untuk perundingan minggu hadapan. Habislah macam neh…. Tp aku minta M.C hari Selasa dan Rabu okey jugak kan..wakakakaka…. tengok la nanti... LOL. Kerja harus diutamakan beb!!! … Iya, betul tu ging….

**wujud dua personality di dalam perenggan diatas. Ada satu lawak nak share…

Situasi ini melibatkan dua kakitangan yang bertembung di pejabat.

Man1: Ging, sibuk nampak…
Man2: begini la neh..macam macam ad-hoc kena suruh buat.
Man1: Tapi aku tengok ko neh, busy melampau…tapi kerja klu ikut “persetujuan” tidak juga banyak sangat..
Man2: Apa bule buat la bos..Kalau suda kena suruh buat, buat saja la. Nanti klu tak buat, kena cop pula tidak ada kerjasama.
Man1: iya la..tapi aku tengok ko neh, macam tidak cukup jak sehari d opis.Tia cukup ka masa sehari untuk kasi habis tu kerja?
Man2:Memang tia cukup la ging. Kerja berapa jam saja satu hari, tolak masa makan, tolak masa sarapan, tolak masa taip dokumen, tolak masa cari bahan di internet dan library, tolak masa fotostat, tolak masa pergi tandas, tolak masa printing….nah, mana cukup bos..belum lagi tolak masa “mengular”….
Man1: masa mengular??...adoii…Man2…Man2…