Ohhhh...hari ini rasanya sangat teringin mau makan KFC. Tadi baru je 'limpas' kedai KFC. Oleh kerana gian sangat nak makan, maka sanggup la Si A parking jauh-jauh kerana dah susah nak cari parking. Maka dengan semangat yang ada pada dirinya, berjalanlah Si A masuk ke kedai KFC dan terus menuju ke kaunter. Si B adalah insan terbabit yang merupakan pelayan perempuan yang menjaga kaunter yang mana Si A dilayan.
Si B : Selamat petang tuan,selamat datang ke KFC. Boleh saya membantu? Tuan nak makan sini ke nak bawa pulang?
Si A : Sy nak "take-away".
Dengan actionnya, Si A bercakap orang puteh sikit..waiseh..ehemmm..hemmm
Si B : Baik tuan, Tuan nak pesan apa?
Si A : One Toasted Pocketful, One Cheezy Wedges with extra cheese, One small coleslaw and 6 pieces mixed chicken.
Waiseh, Si A masi lagi cakap urang puteh walaupun Si B masi bercakap Bahasa Malaysia.
Si B : Terima kasih encik..sila tunggu.
Setelah menerima pesanan dan menunjukkan harga semua makanan, Si B terus membungkus semua pesanan Si A.
Sedang Si B membungkus pesanan Si A, dengan tiba-tiba, Si A terasa tekaknya haus dan dia pun nak order air minuman.
Si A : Miss, nak add-on air minuman..bole?
Si B : Boleh encik..Kami ada Pepsi, 7Up, Mountain Dew atau Strawberry. Dan kami ada coffee utk minuman panas..
Beberapa saat kemudian, Si A pun menjawab..
Si A : One Honey Dew....
Dengan pantas Si B menjawab "Maaf encik, kami tak ada honey dew". Dan tanpa ada apa-apa reaksi Si B menunjukan jenis minuman yang ada dalam stock mereka.
Si A : Tak ada..hemm..bukan tadik..... (tidak habis berkata, baru Si A perasan sesuatu...)
Anda perasan tak?? Si B langsung tidak ketawa dan secara serius dia menjawab "Maaf encik, kami tak ada Honey Dew"....Kemudian Si A hanya ketawa sendirian. Dia hanya menunjuk kearah Air Pepsi dan terus berlalu keluar selepas mendapat makanannya. Si A terus tersenyum sendirian sampailah dia masuk ke dalam kereta.....