Tuesday, March 3, 2020

Panggilan "Abang" ker?

Kian cepat masa berlalu..masa ibarat petir yang menyambar sekilat saat berlalu tanpa disedari..Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun...terasa amat cepat perubahan masa berlalu tanpa disedari, umur semakin meningkat dan bertambah tahun demi tahun.

Teringat lagi suatu masa dahulu, diri ini dibahasakan dengan panggilan adik. Kemana sahaja pergi pasti akan dipanggil adik. " Adik nak kemana?" "Adik dari mana" "Adik apa khabar?" Semua panggilan biasanya akan dibahasakan dengan panggilan adik.

Namun, pada hari ini, perbualan bahasa yang biasanya didengar sudah bertukar. Kini, apa juga yang dibuat, dimulai dengan panggilan "abang". Terasa kekok untuk mendengar dan terasa luar biasa untuk dihadam oleh otak. Namun, itu la kehidupan. Dulu digelar adik dan kini digelar abang.

Apabila digelar abang, rasa tanggungjawab itu semakin bertambah dan rasa sayang terhadap seseorang itu semakin dalam. Terasa bagaikan kehilangan apabila tidak mampu untuk melunaskan tanggungjawab yang terasa ditanggung. Matangkah aku untuk menyelesaikan masalah yang timbul?, atau matangkah aku dalam menjadi teladan kepada adik-adik ku?. Terasa amat berat jika difikirkan, namun kehidupan adalah sebuah sesi kitaran yang pastinya akan dialami oleh semua orang. Ibarat ulat beluncas yang akan menjadi kepompong dan akan bertukar menjadi rama-rama. Semua akan membesar dan lumrah dunia harus ditempuhi dengan sabar.