Tuesday, January 17, 2012

Hari Selasa Yang Panas...

Ini adalah kisah 'hari selasa yang panas'...Hari ini memang panas..bukan cerita panas ya, tapi hari ini memang panas.. Okey, seterusnya, ini cerita blog ari ini....

Hari ini, aku terasa macam nak buka akaun simpanan di sebuah bank di Karamunsing. Bank M. Ini cerita betul ya...saja nak kongsi..harap tidak ada mana mana pihak yang ambil hati ya..kalau ada,minta maaf saja la ya...nak selindung tak juga dapat, nanti tambah cerita, bohong jadinya..kerana itu, aku cerita saja apa yang berlaku ya..


Ini ceritanya;

Kawanku mahu ke bank M maka aku juga setuju untuk ikut sebab aku juga ada tujuan untuk kesana. Setelah mendapat parking yang amat sesuai, hati terasa sungguh senang kerana tidak perlulah nak jalan kaki jauh...masuk aku ke dalam, lantas terus aku menuju ke kaunter perkhidmatan pelanggan..kaunter dijaga oleh seorang wanita yang berdandan dengan cantiknya. Umur takpayah la nak teka..

Aku : Maaf miss (dah terbiasa panggil semua wanita/perempuan "miss" sbb lebih baik salah panggil "miss" daripada salah panggil "madam")

Miss A : Yes....

Aku : Saya nak buka akaun disini. Berapa minimum amount saya perlu untuk buka akaun disini?

Miss A : Err...(sambil memandang ke arah sudut pejabat disebelah kiri dia)... Minimum amount adalah RM250..tapi sekarang tak dapat nak buat sebab mesin kami rosak..

Aku : Owhh..jadi tak dapat lah buat hari ini? Bila saya boleh datang lagi?

Miss A : Ermmm....tidak tahu la. Sudah dua hari mesin tu rosak..

Aku : Okey..tak apa lah..terima kasih...

Setelah itu, aku terus 'chow' dari kaunter itu lantas terus ke tempat di mana kawan ku duduk sambil menunggu gilirannya...sedang aku duduk, baru aku terfikir....

"hermm...nak buka akaun simpanan kat sini perlu guna mesin ke? bukan perlu komputer ke? atau yang dia maksudkan mesin tu adalah komputer? tapi tak kan la ada satu saja komputer di sana? rosak mesin ke atau rosak sistem?"

Persoalan ini masi lagi terngiang-ngiang dalam kepala...mesin rosak??

**masih lagi berfikir.......

2 comments:

  1. hahaha!!!jgnlah dipanaskan kpd cik manis itu..sesungguhnya dia berniat baik sbnrnya..hehe..kalau nak buka akaun mmg mmerlukan mesin. Sbb bl kt membuka akaun, scr autonya mrk akan bg ATM card utk kt. Utk mengaktifkan kad tsbt & menukar passwordnya, kt hendaklah menggunakan mesin. Itu maksud cik tsbt. Mayb mistake dia lah krn tdk menjelaskan dgn terperinci kpd org awam yg tdk brp faham sistem banking..hehe..jgn panas, esok lusa blh cuba lg :P

    ReplyDelete
  2. owhh...begitu rupanya...mungkin itu la mesin yg cikpuan itu maksudkan...baiklah..suda ada penjelasan..terima kasih cik ramens... ;)

    ReplyDelete