Tajuk
tak berapa tepat dengan blog pada pagi ini. Entah kenapa, tapi itulah la yang muncul
di dalam kepalaku. Pagi ini, aku bangun
dengan keadaan yang agak tidak stabil. Kepala ku masih sakit dari semalam.
Entah bagai nak pecah kepala ku semalam. Nak tahan, tak mampu, jadi apa yang
aku buat adalah, mandi diawal pagi. Aku menyiram kepala ku dengan air dan
membiarkan ia selama beberapa minit. Kemudian, bila suda terasa reda
kesakitannya, aku terus mencapai tuala dan membalut kepalaku. Kemudian, aku
baring semula. Tidak beberapa lama kemudian, sakit itu datang lagi..”Aigoo..wae?..wae?…..”
rengus hatiku..Aku semakin hilang rasa sabar. Aku lalu bangun dari tidurku dan
keluar kearah dapur. Aku kemudian mencari ubat “panadol” dan mengambil satu dos
“panadol soluble”. Kembali aku ke atas katil, rasa sakit itu mula reda beberapa
minit kemudian. Dengan kesempatan yang ada, aku cuba untuk tidur dan aku berjaya.
Oh yeahhhh…
Dalam
aku baring, aku mula terasa loya dan sakit pada badanku khususnya pada bahagian
tulang belakang, dan setiap sendi ku mula menjadi seperti “longgar”. Aku tidak
mempedulikan semuanya dan terus menutup mataku. Selang beberapa masa kemudian, “kokkk…kokkkkk..kokkkkkkk…okokkkkkk” bunyi jam
loceng ku mengisi kesemua ruangan bilik tidurku.
“ah,,dah
pagi rupanya” cetus hatiku. Aku kemudian cuba bangun, namun aku seperti tidak
bermaya untuk menggerakkan kedua dua kaki ku. Aku cuba membuka mataku, namun “uhhhhhh…..”,
itu sahaja yang mampu aku katakana bila merasakan kesakitan pada kedua dua biji
mataku. Aku memaksa diriku untuk bangun, dengan sokongan sisi katil, aku cuba
bangun dan kemudian terduduk sebentar di atas katil. Satu satu jari kaki dan
tangan aku gerakkan…
“ibu
jari?… yes…tekunjuk?...okey…jari tengah?..yeah.. tangan..”…aku mencuba utk
menggerakkan setiap jari tangan ku, namun aku tersedak bila aku terasa sakit
pada sendi tanganku bila cuba untuk menggerakkannya…
“wah…teruk
sangat ka sakit neh?? Atau sakit malas nak pigi kerja?”… hahahaa…gurauan hatiku
sendiri. Setelah berasa “okey”, aku bingkas bangun dan bersedia kerana jam sudah
hampir menunjukkan 7.30am.
Sekarang
aku rasa sangat sejuk dan menggigil…aku memakai jaket tebal ku dan masih lagi
terasa sejuk pada tapak tanganku.. “Mesti
kes demam neh…nahh…ada harapan minta M.C..” detik hatiku..
Tapi..kerja
belum siap weiii….kawan, klu M.C, nanti gerenti akan tidak dapat selesaikan
semua perkara untuk perundingan minggu hadapan. Habislah macam neh…. Tp aku
minta M.C hari Selasa dan Rabu okey jugak kan..wakakakaka…. tengok la nanti...
LOL. Kerja harus diutamakan beb!!! … Iya, betul tu ging….
**wujud
dua personality di dalam perenggan diatas. Ada satu lawak nak share…
Situasi
ini melibatkan dua kakitangan yang bertembung di pejabat.
Man1:
Ging, sibuk nampak…
Man2:
begini la neh..macam macam ad-hoc kena suruh buat.
Man1:
Tapi aku tengok ko neh, busy melampau…tapi kerja klu ikut “persetujuan” tidak
juga banyak sangat..
Man2:
Apa bule buat la bos..Kalau suda kena suruh buat, buat saja la. Nanti klu tak
buat, kena cop pula tidak ada kerjasama.
Man1:
iya la..tapi aku tengok ko neh, macam tidak cukup jak sehari d opis.Tia cukup
ka masa sehari untuk kasi habis tu kerja?
Man2:Memang
tia cukup la ging. Kerja berapa jam saja satu hari, tolak masa makan, tolak
masa sarapan, tolak masa taip dokumen, tolak masa cari bahan di internet dan
library, tolak masa fotostat, tolak masa pergi tandas, tolak masa printing….nah,
mana cukup bos..belum lagi tolak masa “mengular”….
Man1:
masa mengular??...adoii…Man2…Man2…