Friday, January 12, 2024

Hakikat sebenarnya adalah PERANTAU...

Hai, selamat petang. Apa khabar kalian semua? Ada baik? Semoga baik baik sahaja la ya. Kita berdoa agar berkat Tuhan sentiasa ada untuk kita nikmati. Semoga berkat baik dari segi kesihatan, kewangan dan kesejahteraan hidup ada dirasakan oleh semua kita.

Blog petang ini bukan apa..saja je nak memenuhkan blog..walaupon sebenarnya ingin meluahkan perasaan. Sebenarnya ingin meluahkan perasaan :

Kenapa semakin lama, semakin ramai org ingin balik ke kampung halaman. Meninggalkan saya sendirian di sini. 

Hakikatnya, saya sebenarnya hanyalah perantau yang merantau dan meminjam bumi malaya ini untuk kelansungan hidup. Saya juga ingin balik..I want to go home too...Bila la agaknya saya diberi kesempatan untuk berada di kampung halaman sendiri....

Thursday, January 11, 2024

Thing to ponder...Where is the young man now?

I barely remember on what had happened to my young life. Believe it or not, i survived the moment whether in hard time or in easy time. Thinking back on what had happened 20 years ago, when I first left the house to go for matriculation. Even though it was just to Kota Kinabalu, Sabah, but then I am amazed that I can go through all the time I am away from my parent. 

I felt very proud of myself on how I went to KK all by myself. First time flying in flight, first time going out of my comfort zone, first time away from family and first time to learn on other culture. People say "There is always first time in our life", so it was for me. Thinking about it now, I can't believe that I do able to finish my matriculation. Seeing how hard it takes, I can't believe how confident am I at any of my action and to finish my study. After the matriculation, I was sent to UKM, Bangi and so do the time, I am away from my family again for 3 years. Not a short time, but 3 years is quite a long time. To that moment, I felt very confident of doing things that I want to do. I don't scare of anything, and I can survive at any circumstances I am having. I never look back on thing that I did/made. I am very confident of my self and will finished my work perfectly.

But, to compare now and before, after 20 years, I felt that I don't have the same spirit like when I was young. I giggle and tend to feel scare of making decision, not confident of doing anything in my life and I tend to think on negative things to happened before it happen. 

I misses the man I was when I am young. Full of confident, brave, talented and skillful. Where did the young man go?? Is he dead?? Where is the man now?? After more than 20 years, what had happened to the young man??

Pertukaran dalaman

Hari ini merupakan hari ketiga aku memulakan pekerjaan ku di unit yang baharu. Sepatutnya Isnin yang lepas, sudah bertukar workstation..Namun, sebab menunggu surat pertukaran dalaman daripada pejabat, jadi aku membatalkan niat ku memindahkan barang pada hari isnin lepas. Hari selasa, merupakan secara formalnya aku bertukar unit. Sedih pun ada, gembira pun ada, berat hati pun ada, kecewa pun ada. Hatiku berbaur kacau dengan berbagai bagai emosi dan perasaan.

Walaupun baru hari ketiga, namun aku terasa seperti aku masih lagi berada di unit lama. Tiada apa yang membebankan sangat kerana nampak gayanya belom sibuk dengan tugasan hakiki. Aku hanya tersenyum dah menggeliat apabila kawan datang dan bertanya "sibuk ker??" Hahahahaaha

Aku tak la sibuk, cuma aku mula membaca beberapa laporan sebagai persediaan untuk menyiapkan laporan tahunan unit ku nanti. Tugasan luar belom lagi diterima, makanya bulan januari ini seolah olah bagaikan tempoh "honeymoon" bagi ku. Selepas ini, nah, tidak tahu bagaimana, dan jangan kau persoalkan kesibukan harian mu nanti.


Monday, May 15, 2023

SOALAN TEKA TEKI...UJI MINDA ANDA

 SOALAN TEKA TEKI...UJI MINDA ANDA

S1. Berapa ekor ikan dalam gambar yang diatas.6 ekor? anda pasti?

...............................................................


S2. Ada berapa bunga berwarna kuning di dalam gambar di atas? 6? Anda Pasti??

............................................................

S3. Jumlah nilai 9 X 9 = 81. Betul? Anda Pasti?

............................................................

S4. Batu apakah ini?

.......................................................................


.......... SeLaMaT MeNjAWAb SoAlan ..........




Tuesday, February 28, 2023

Aku Sering Tertidur

Disaat bumi masih gelap, alarm berbunyi tepat pada jam 6pg. Aku rasa berat sekali untuk membuka mata dan bangun dari katilku. "5 minit lagi". Detik hatiku. Aku perasan masa berlalu dengan cepat. Ku mula mengheret badanku masuk ke dalam bilik mandi dan air suam suam itu mula membasahi seluruh badan ku. Selesai mandi, aku keluar dan menuju ke arah sofa. Ku tutup aircond yang menghembus sejuk dan aku baring di atas sofa. Rasa seperti baharu 2 minit aku berbaring, tetapi rupa - rupanya aku telah tertidur selama 25 minit. Jam menunjukkan pukul 7.10 pagi. Aku mula berasa kesal sebab sebenarnya aku bercadang untuk bergerak awal dari rumah pagi ini. Tetapi akan kerana kemalasan yang kuat dalam diriku, masa terseret jauh dari rancanganku. "Alamak, baju tak iron lagi!!!" Itu yang aku ingat dengan apa yang berlaku pagi tadi. Aku mula bersiap dan turun ke tempat parking kereta. Aku menghidupkan enjin kereta dan lantas memecut ke pejabat.Akhirnya aku sampai ke pejabat pada pukul 8.22pg. Agak lewat juga kerana adanya kesesakan lalu lintas di beberapa tempat jalan raya.  

                                                              Gambar sekadar hiasan!!!


Sampai di pejabat, aku mula mengemas mejaku dan kemudian, aku mencapai beg galasku dan mengeluarkan : (sila jawab sendiri)
i) Xxxxxxxxx, dan
ii) Mmmmmmmm

Sesudah itu, aku terus makan sarapan dan kemudian membuka komputer mejaku.
"Ya Tuhanku" Detik hati dan perasaan ku yang kesal. Untuk membuka komputer meja ku, aku terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk dibuka. Lagi kesal apabila komputer ku mengemaskini sistem komputer yang memakan masa hampir satu jam. Sedih dan pilu..penat menunggu, aku melabuhkan kepalaku di meja depan aku. Mataku mula berasa berat dan terasa ingin ditutup. Secara tidak sedar, aku telah tidur.....


SAMBUNGAN CERITA PART 2 PADA MASA AKAN DATANG...

Thursday, June 16, 2022

Perasaan ku ketika ini

 Aku merasa sendiri dan seperti terkapai kapai di dalam duniaku sendiri. Aku melihat orang di sekelilingku, dan aku cemburu melihat mereka dikelilingi oleh orang dan ditemani oleh orang. Adakah aku memang dilahirkan untuk sentiasa sendiri? Aku sedar, untuk hidup di dunia ini, aku tidak boleh bersendirian. Ya, aku memerlukan orang lain untuk memenuhi keperluan dan kehendak perasaan / emosi / fizikal / batin diriku. Tetapi, kenapa aku sering sendiri? Kenapa aku sering direject oleh orang?

Tuhan, jika aku tidak berhak merasa untuk memiliki dan bahagia, pintaku cuma, JANGAN PERTEMUKAN AKU DENGAN SESIAPA dan JANGAN DEKATI AKU DENGAN SESIAPA ...mungkin aku hanya berhak untuk sendiri


~Jun 2022~

Wednesday, August 5, 2020

Feeling down sekarang ni....

Rasa down sangat sekarang ni. Rasa diri ini seperti tidak berguna dan rasa diri ini keseorangan. Tiada rasa gembira rasa di hati dan rasa gundah gulana serta serabut. Apakah yang menyebabkan semua ini terjadi? Rasa kurang keyakinan diri dan rasa rendah diantara rakan-rakan. Kadang-kadang rasa seperti terpulau dan tidak diendahkan. Emosi sangat sensitif dan mudah rasa terluka walaupun dengan kata-kata yang di dengar. Kenapa ini boleh terjadi? Apakah penyebab timbulnya rasa dan perasaan ini? Senang kata, rasa macam loser jer.....